Sabtu, 14 Januari 2012

Rukun Iman dan 25 Nama Nabi Beserta Tugas 10 Malaikat

Rukun Iman dan 25 Nama Nabi Beserta Tugas 10 Malaikat


1). Beriman Kepada Allah Ta'ala
2). Beriman Kepada Para Malaikat
3). Beriman Kepada Kitab
4). Beriman Kepada Rasul
5). Beriman Kepada Hari Qiamat
6). Beriman Kepada Qada' dan Qadar Allah

Beriman kepada Malaikat
Cara beriman kepada malaikat:
1) Percaya kepada kewujudannya.
2) Mengawal tingkah laku menurut perintah Allah.
3) Melakukan amal kebajikan.

Berikut adalah nama-nama serta tugas malaikat:
1) Malaikat Jibril tugasnya menyampaikan wahyu.
2) Malaikat Mikail tugasnya mengatur rezeki.
3) Malaikat Israfil tugasnya meniup sangka-kala.
4) Malaikat `Izrael tugasnya mengambil nyawa.
5) Malaikat Mungkar dan Nakir tugasnya menyoal orang yang telah mati.
7) Malaikat Raqib tugasnya mencatit amalan kebajikan.
8) Malaikat `Atid tugasnya mencatit amalan kejahatan.
9) Malaikat Malik tugasnya menjaga neraka.
10) Malaikat Ridhwan tugasnya menjaga syurga.

Sifat malaikat jauh berbeda, Tidak seperti kehidupan manusia. Sangat taat patuh dan setia. Melaksanakan perintah yang Maha Esa. Kejadian malaikat adalah tidak bernafsu. Tidak minum dan tidak makan. Tidur dan kawin bukan keperluan. Serta tiada bercinta seperti insan.

Diantara tiga contoh peranan malaikat dalam kehidupan:
1) Hujan turun dan pokok menjadi segar- tugas dan peranan malaikat Mikail (menurunkan rezeki agar dapat dinikmati untuk melaksanakan ibadah kepada Allah dengan mudah).
2) Datuk meninggal dunia kerana sakit- tugas dan peranan malaikat `Izrail (mencabut nyawa bagi orang yang meninggal apabila sudah tiba akan waktunya).
3) Ali suka memberi pertolongan- tugas dan peranan malaikat Raqib (mencatit amalan baik yang dilakukan).

Beda sifat malaikat dengan sifat manusia:
1) Diciptakan daripada Nur sedangkan manusia daripada tanah.
2) Malaikat tidak berjantina berbanding manusia yang memiliki jantinanya sendiri.
3) Malaikat tidak dapat dilihat berbanding manusia yang dapat dilihat dengan pancaindera.

Beriman kepada Rasul
Nabi:
*Lelaki mulia pilihan Allah.
*Diberikan wahyu untuk diri sendiri.

Rasul:
*Lelaki mulia pilihan Allah.
*Diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan disampaikan kepada manusia.
Beriman kepada rasul itu bermaksud yakin dan percaya bahawa mereka adalah utusan daripada Allah kepada sekalian manusia.

25 Nama Nabi dan Rasul:
1) Nabi Adam a.s
2) Nabi Idris a.s
3) Nabi Nuh a.s
4) Nabi Hud a.s
5) Nabi Soleh a.s
6) Nabi Ibrahim a.s
7) Nabi Luth a.s
8) Nabi Isma`il a.s
9) Nabi Iskhaq a.s
10) Nabi Ya`kub a.s
11) Nabi Yusuf a.s
12) Nabi Ayyub a.s
13) Nabi Syu`eb a.s
14) Nabi Musa a.s
15) Nabi Harun a.s
16) Nabi Dzul Kifli a.s
17) Nabi Dawud a.s
18) Nabi Sulaiman a.s
19) Nabi Ilyas a.s
20) Nabi Ilyasak` a.s
21) Nabi Yunus a.s
22) Nabi Zakaria a.s
23) Nabi Yahya a.s
24) Nabi `Isa a.s
25) Nabi Muhammad s.a.w

Tidak ada komentar:

Posting Komentar